HAZIQAH ZAFIRAH

HAZIQAH ZAFIRAH

Friday, January 28, 2011

NAK SERIBU DAYA... TAK NAK SERIBU DALIH

Seribu daya nak ringankan kerja yang semakin hari semakin mencabar dan menggunung. Nak dibiarkan aku juga yang akan habiskan kerja ini nanti... mahu tak mahu tak wujud seribu dalih untuk aku mengelak dari mengerjakan semua tanggungjawab yang semakin hari semakin mencabar keimanan aku sebagai seorang penjawat awam. Alhamdullillah, aku tergolong antara insan yang terpilih untuk memikul tanggungjawab ini.

Aku terdampar jauh dari orang yang disayangi, tapi dengan seribu daya aku kuatkan semangat aku untuk terus berjuang demi sebuah tanggungjawab yang aku pikul tanpa mengenal erti kelemahan. Aku sentiasa gembira walaupun hati ini terlalu merindui orang yang kusayang....

Mulanya memang amat payah untuk aku menerima keadaan ini, tapi kekuatan dari Ketua Jabatan, rakan sekerja dan keluarga menguatkan aku untuk teruskan perjuangan demi untuk mencari sesuap nasi dan setitis air. Aku berkerja di bawah Ketua Jabatan yang amat prihatin pada pekerja dan rakan sekerja yang amat mementingkan kerjasama dalam menjalankan tugas seharian...

Terima kasih yang tidak terhingga untuk Ketua Jabatanku dan rakan-rakan sekerjaku...... pengalaman bekerja dengan kalian andainya 1 ketika nanti aku akan berangkat pergi, akan aku jadikan pedoman untuk aku meningkatkan lagi prestasi kerjayaku.... INSYAALLAH.

No comments:

Post a Comment