HAZIQAH ZAFIRAH

HAZIQAH ZAFIRAH

Friday, January 28, 2011

SETAHUN DAN UMURNYA......

Tepat 28 Januari 2010, haziqah lahir... Alhamdullillah, biarpun semasa dalam kandungan, pelbagai dugaan yang mendatang, aku pengidap pelbagai jenis penyakit yang kronik terpaksa dimasukkan ke hospital daro setiap minggu, namun atas kekuatan yang ada Haziqah dilahirkan dalam keadaan yang amat sempurna.

Hari ini tepat 28 Januari 2011, dah setahun umur Haziqah. Dari jalan tanjung manis ke daro belum lagi di naiktaraf, aku dan Haziqah yang setahun yang lalu masih dalam kandungan setiap minggu balik ke matu dengan keadaan jalan yang amat memeritkan aku. Aku memandu seorang diri dengan doa yang sentiasa mengiringi aku agar aku dilindungi Allah selalu.

Hari ini, jalan tanjung manis ke matu telah dinaiktaraf dan Haziqah hari ini pun dah pandai nak berjalan... Alhamdulillah.. dah setahun juga rupanya aku merantau ke negeri orang. InsyaAllah aku akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik biarpun dah setahun berjauh dari suami tersayang..


No comments:

Post a Comment